Pengenalan
Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghasilkan baja organik. Salah satu cara yg boleh digunakan adalah dengan menggunakan cacing tanah yang terbukti bermutu tinggi dan berkualiti. Biasanya aktiviti ini dilakukan hanya dengan menggunakan sisa-sisa dari ladang seperti jerami padi, batang jagung, batang pisang, hampas kelapa sawit, sabut kelapa, habuk kayu atau apa saja bahan separuh reput yang mana sesuai dicampur dengan najis haiwan seperti tahi lembu, kambing dan tahi ayam sebagai sumber makanan kepada cacing yang diternak. Proses ini merupakan cara yang paling popular digunakan ketika ini.
Baja kompos berkualiti ini dikenali sebagai Vermikompos. Terhasil daripada bahan organik hasil dari campuran vermicast iaitu tahi cacing yang dikeluarkan selepas memakan sisa bahan tumbuhan dangan najis haiwan tadi berserta hasil pereputan bahan organik yang tidak sempat dimakan oleh cacing tetapi mengalami proses pereputan sepenuhnya oleh mikrob. Campuan vermicast dengan kompos hasil dari reputan bahan bahan organik oleh mikroganisma depercayai mengandungi unsur-unsur pemakanan seperti nitrogen, kalium, fosforus, kalsium, magnesium, boron dan mengandungi 1000 kali ganda mikrob lebih dari tanah biasa sera diperkaya dengan humus yang diperlukan oleh tumbuhan.
Hasil kajian yang dilakukan di luar negara seperti New Zealand, Canada dan Amerika Syarikat telah membuktikan tanaman yang menggunakan vermikospos berupaya menghasilkan hasil tanaman dari 70% hingga 300%.
Vermikompos sangat sesuai dengan semua jenis tanaman dan tidak mempunyai tarikh luput. Diantara kebaikan vermikompos ini ialah;
- Menambah kelembapan dan mengekalkan nutrien dalam tanah
- Memperbaiki pergerakkan akar dalam tanah dan pengudaraan
- Dapat mengurangkan permukaan tanah dari berkerak
- Menambah bilangan organisma yang diperlukan dan menghindari organisma tanah yang tidak dikehendaki.
- Menambah mikronutiren dalam tanah( Soil Conductivity meter, Conductivity Solution meter dan NPK Extraction Solution boleh digunakan bagi mengukur kandungan NPK di dalam kompos.)
Baja kompos untuk dijual
Baja organik ini merupakan baja yg telah melalui proses penguraian serta melalui kaedah penggunaan cacing bagi tujuan vermikompos. Terdapat beberapa proses telah dilakukan bagi penghasilan baja kompos ini. Antaranya seperti medium yg digunakan bagi menghasilkan baja kompos ini adalah campuran daripada tinja lembu dan sabut kelapa dengan nisbah 3:1(iaitu 3 tinja lembu dan 1 sabut kelapa). Kemudian 3 jenis cacing telah digunakan bagi menghasilkan baja ini yang terdiri daripada cacing merah, cacing biru dan juga cacing harimau.
Hasilnya telah terbukti amat memuaskan dan saya juga yakin untuk mengesyorkan anda semua mencubanya untuk tanaman anda juga. Kesannya dapat dilahat dlm tempoh kurang dari seminggu insyaAllah. Baja ini amat sesuai untuk semua jenis tumbuhan lebih- lebih lagi buah-buahan, sayur sayuran dan pokok bunga.
Baja yang sedia untuk dijual
Harga boleh dirunding.
Cacing untuk tujuan vermikompos untuk dijual
Bagi sesiapa yang berminat untuk membeli cacing bagi tujuan vermikompos saya juga ada menyediakannya. Terdapat 3 jenis cacing yang ditawarkan iaitu;
Cacing merah - lumbricus rubellus
Biasanya berwarna ungu kemerahan atau perang kemerahan. Panjangnya berukuran 25-105mm diikuti 90-120 segmen pada badan. Tahap kematangan dalam masa 179 hari. Jangka hayat diantara 682 hingga 719 hari. Berupaya menghasilkan kokon antara 79 hingga 106 kokon bagi seekor cacing dalam setahun. Terdapat pada tanah yang kaya dengan bahan organik seperti tinja ternakan dan bahan buangan. Selain vermikompos cacing jenis ini juga dijadikan bahan dalam industri perubatan cina dan serbuk makanan bagi makanan ternakan.
Cacing Harimau - Eisenia foetida
Banyak digunakan di Selatan India pada tinja Lembu bagi tujuan vermikompos. Pembiakan cacing jenis ini sangat cepat pada tinja lembu, biri-biri dan kambing.
Cacing biru - Perionyx Excavatus
Cacing jenis ini tidak sesuai dijadikan umpan tapi sesuai dalam penghasilan baja kompos atau vermikompos kerana berupaya menguraikan sisa organik kepada kompos dalam sistem vermikultur. Cacing jenis ini berasal dari pergunungan Himalaya. Saiz cacing kecil berukuran diantara antara 1.15 inci hingga 2.75 inci. Mampu menghasilkan kira-kira 20 ekor anak seminggu dan hanya mengambil 3-5 minggu kemudian untuk matang.
Anda juga diberi pilihan untuk mencampurkan ketiga - tiga jenis cacing ini. Harga tetap
sama jika cacing ini dicampurkan. Cacing dijamin bermutu tinggi. Kepuasan anda adalah kepentingan bagi saya.
Perkhidmatan penghantaran adalah seperti berikut;
Kawasan Petaling Jaya , Shah Alam, Subang Jaya, K.Lumpur - Percuma (Jika lebih dari 10kg)
Luar lembah Kelang - Kos petrol dan Tol akan dikenakan.
Berminat?
Hubungi Aiekj- 012-2808609 (Kelana Jaya)
Pengusaha Baru
Kepada pengunjung yang berminat menceburi bidang ini sila hubungi saya bagi proses penjadualan. Jangan terkejut jika saya katakan kawasan dalam bandar juga mampu dan boleh menghasilkan vermikompos ini dengan jayanya. Segala urusan dan khidmat nasihat secara asasnya akan diberikan kepada anda.
Selamat mencuba dan jumpa lagi.